Syukur.

Bismillahirrahmanirrahim



Sepagi bersama kakak tadi selepas breakfast.

Main main dengan camera fone Oppo F1S selfie Expert. ada satu part tu aku tak puas hati sebab muka aku nampak chubby dan hodoh sedikit.

terus kakak sis cakap "bukan camera yang bidak. Kau tu yang memang bidak. "

eh eh apa ni? sakitnya nak hadam ayat kakak sis ni. pahit gila.

Ikutkan hati mahu saja ku cekik sampai mati minah sorang ni, nasiblah sis ni kuat sikit Iman. Sis buat muka toya ja. Lagi-lagi sis masih beringat-ingat dia tu kakak sis, ada apa-apa sis cari dia.

"Syukur"
Ayat itu keluar dari mulut.

Aku membetulkan duduk ku dan menghadap kakak ku dan kata "Kau tau ka apa itu syukur?"

haha. Terkebil-kebil dia tengok aku.

Okay kalau kau tak tau, dengar sini aku nak kasi tau.

"Syukur itu adalah satu perbuatan. Em boleh di sinonimkan dengan Satu tindak balas yakni respon kita terhadap apa yang kita ada dan terhadap apa yang Tuhan sudah kasi sama kita, termasuklah wajah yang 'HODOH' ini." sambil aku ukirkan senyuman yang paling manis buat si kakak manis.

"Lagi syukur itu bila mana kau selalu ucap Alhamdulillah terhadap kekurangan kau dan lakukan ia ke arah kebaikan. Sebab kadang manusia selalu terlupa, ada yang lebih hina dari dirinya sendiri." Sambung ku lagi. Si kakak macam mau melarikan diri sudah. Berdas-das sis tembak sebagai Santapan Rohani 'Tazkirah Dhuha' lah katakan.

"And sebelum aku akhiri tazkirah, aku nak kau hadam ayat ni betul-betul, kalau kau rasa kurang senang dengan kereta yang kau miliki, ingat, mash ada yang menunggang motosikal bawa anak bini ke sana sini, dan kalau kau rasa kurang selesa dengan motosikal yang kau ada, Ingat! masih ada yang gunakan basikal pergi dan balik kerja tiap hari, dan kalau kau masih rasa ada yang kurang dengan motosikal itu, masih ada manusia yang berjalan kaki ikat perut untuk sesuap nasi, Dan kalau kau masi tidak puas hati sebab berjalan kaki dengan kaki yang kau milik, Ingat masih ada yang lumpuh mengharap dapat berjalan semula." Aku senyum lagi. Si kakak terdiam tidak terkata-kata.

"And part last, Analoginya di sini, Hodoh sehodohnya wajah aku ni, masih suci lagi wajah ni daripada barang kosmetik yang telan duit sampai ratus sebab apa? sebab aku yakin, Ciptaan Allah Indah-indah belaka, cuma kadang wujud manusia yang tak bersyukur dengan wajah dia sebab tu dia tambah cat atas mata, pipi, lukis kening, gincu merah tebal-tebal. And, Sekurang-kurangnya aku masih bersyukur Allah kurniakan wajah. Sebab ada manusia diluar sana, Allah ciptakan dengan wajah yang kurang sempurna. Think wise before speak ate." Ujar ku lagi.

hah! kan berdas-das peluru tembak cuci minda dan hati dia. Main cakap sedap hati. Em tapi biasalah tu kan. Adik beradik kalau tak gaduh tak sah.

okay sebelum entry habis,

Sesiapa nak beli perfume dexandra boleh pm sis ye +60103861687

1 BOTOL 35ml EDP
RM65(SM) RM70(SS)

2 BOTOL KE ATAS
RM60(SM) RM65(SS)

+
POSTAGE FEE
Rm8(SM) RM10(SS)

with love,
Smoochie.


Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant