Human

bismillahirrahmanirrahim.
Smoochie kembali berkongsi rasa dengan penghuni blog yang setia menunggu setiap entry yang smoochie update kan.

sekalung budi penghargaan buat kalian, 
malam ini kita berkongsi tentang manusia. -Again-
manusia terlalu pelik dan menyesakkan bila difikir-fikirkan semula.
mengapa?

sebab manusia ini tahunya hatinya mudah terluka dan tidak mahu dilukai tapi dia lupa orang disekelilingnya itu punya hati juga.

bahkan sering melukakan hati disekelilingnya macam smoochie. Sebab kadang-kadang kita ni terlalu lantang bila bercakap sampai lupa sudah ke tahap apa bila kita bersuara dan dengan siapa kita bersuara.

suara yang dilantun itu kadang melukakan kadang mnyenangkan. kalau melukakan Ampunn maaf smoochie pohonkan. kalau mnyenangkan, panjat syukur kepada Illahi. 

Dan kerana kita hanyalah manusia, kita itu pendosa tanpa noktah. ada saja manusia yang tidak puas akan diri kita, pada masa yang sama begitu juga dengan kita. Maaf seribu kali maaf tidak pernah luntur dari bibir andai ada yang menegur dengan baik kerana dari kesilapan yang pertama itu lah kita belajar sesuatu pada masa yang sama kita menerima kekurangan diri kita.

sebab buat kali ke-2 ia adalah pilihan untuk kita, sama ada kita mahu lakukan kesilapan yang sama atau berganjak seiring dengan masa yang berlalu. Dan ketika ini lah manusia tetap terus menghukum seiring dengan putaran dunia yang terus berputar.

Smoochie, bukanla malaikat yang tidak punya perasaan. Iman pun sentiasa ada naik turunnya. cuma bagi smoochie, siapa kita untuk menjadi pengadil dalam menentukan salah betul nya tingkah seseorang sedangkan kita ini tidak ada kuasa biar sedebu pasir, kita ini hanyalah kecil kerdil di Mata yang Maha Pencipta.

cukup kerdil.

  

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.