Posts

Showing posts from August, 2016

M a a f

Untuk kesekian kalinya smoochie kembali menghadap blog setelah meninggalkannya hampir 2 bulan.

harapan smoochie, pembaca blog semua sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat-sihat belakan.

Kali ini. Smoochie mahu berbicara tentang "Maaf"

Menjadi kebiasaan manusia untuk mengucapkan kata maaf itu seperti ada pemberat di mulut mereka. Kerana ego melangit, sanggup mengetepikan ajaran Rasullullah s.a.w

Wahai sahabat-sahabat yang aku cintai, sayangi, dan rindui lillahita'ala

Apa pun yang berlaku antara kalian, sudah menjadi tanggungjawab smoochie sebagai pemimpin kelas untuk memperbetulkan apa yang salah di antara kalian. sudah semestinya ingin menjadi pemimpin yang cemerlang dunia akhirat itu adalah impian smoochie walau hanya dalam kelompok kelas.

Bukan susah untuk ucapkan " MAAF " meskipun bukan kesalahan itu kita yang lakukan.

tidakkah kamu tahu memaafkan dan memberi maaf itu lebih mulia daripada segala hal?

tahukah kalian, tali persahabatan yang kalian r…

Human

Image
bismillahirrahmanirrahim. Smoochie kembali berkongsi rasa dengan penghuni blog yang setia menunggu setiap entry yang smoochie update kan.
sekalung budi penghargaan buat kalian,  malam ini kita berkongsi tentang manusia. -Again- manusia terlalu pelik dan menyesakkan bila difikir-fikirkan semula. mengapa?
sebab manusia ini tahunya hatinya mudah terluka dan tidak mahu dilukai tapi dia lupa orang disekelilingnya itu punya hati juga.
bahkan sering melukakan hati disekelilingnya macam smoochie. Sebab kadang-kadang kita ni terlalu lantang bila bercakap sampai lupa sudah ke tahap apa bila kita bersuara dan dengan siapa kita bersuara.
suara yang dilantun itu kadang melukakan kadang mnyenangkan. kalau melukakan Ampunn maaf smoochie pohonkan. kalau mnyenangkan, panjat syukur kepada Illahi. 
Dan kerana kita hanyalah manusia, kita itu pendosa tanpa noktah. ada saja manusia yang tidak puas akan diri kita, pada masa yang sama begitu juga dengan kita. Maaf seribu kali maaf tidak pernah luntur dari b…

31st August

Image
Selamat hari kemerdekaan :)

Dirgahayu oh tanah Air ku.

Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati negara kita. :D


M A R A H

Image
Mereka kata marah itu tandanya sayang,
marah tandanya cinta

tapi bila seseorang marah, aku tak nampak pun tanda kasih sayang yang dia cuba salurkan.

aku tak nampak pun tanda cinta yang orang tu tunjukkan.

aku tak rasa biar sedikit pun rasa perasaan kasih yang dia cuba sampaikan melalui api yang membara dalam dirinya.

yang ku lihat hanya api yang semakin marak dek kerana tumpahan minyak tanah

yang ku lihat hanya hanya seekor kucing comel yang bertukar menjadi singa yang ganas.

yang ku lihat hanyalah seorang manusia yang terkenal dengan budi pekerti bertukar menjadi raksasa.

sedang aku yang melihat menitiskan peluh ketakutan. Air mata saksi pertukaran yang baik kepada jahat. Nafas penuh dengan trauma. Ingatan tak lupus biar sedikit. Sedang bermimpi di hantui.

Di manakah marah tanda sayang yang di warwarkan manusia seketika dulu?

Apa aku tidak melihat atau aku yang buta kerana takut yang menguasai diri.

Aku buntu.....