A big Thanks *XOXO*

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan lafaz mulia hari ni cik sentuh pasal hari guru <3 since today hari guru hari yang paling bermakna buat semua pendidik-pendidik.


pertama sekali, smoochie nak panjatkan rasa syukur kepada Illahi,

sebab kurniakan parents sebagai pendidik kepada diri ini meskipun mereka bukan lah seorang guru. Tapi merekalah yang mengajarkan asas kehidupan sebelum masuk persekolahan.

then special thanks to cikgu Juanita yang berjaya buatkan hati ni jatuh cinta dekat subject maths masa primary school dulu. Bukan apa kalau subjek maths memang nombor 1 dari belakang lah jawabnya.

Then special Thanks kepada Arwah cikgu Dayang Faridah yang sentiasa memberikan sokongan kepada Smoochie untuk terus berkarya sebab mula berkarya dan mencintai karya-karya ni sejak umur 10 tahun lagi.

Tidak lupa cikgu Sundari yang amat meminati suara Smoochie yang rock ini. Sebab Smoochie je lah target dia bila nak suruh baca buku teks. Speakers kan haha.

masuk alam sekolah menengah, big thanks pulok dengan cikgu Sabrina, isteri cigu Keliwon(Harmizi) khikhikhi. sebab buat aku minat sains biarpun sikit-sikit seja tu terminat.

then cikgu Sharif (Idol all time) sebab buatkan diri ini boleh terima dan jawab subjek geografi walaupun takdak minat. Thanks to cigu Zack a.k.a papa zack juga sebab asahkan lagi cinta terhadap subjek ni. end up dapat jua lah A sebab lawak jenaka cgu berdua ni masa ajar geo sampai sekarang cik ingat.

tak lupa cikgu Sarinah dan Cikgu Norliza fans of kpop world and fans of twilight yang menjadi geng kalau time BI. siap wallpaper pun artist kpop. luar kelas acah-acah garang lah tapi bila dalam kelas perghh macam bukan guru badan disiplin ja. kalau cikgu Noorliza time-time sambutan hari guru tu baru nampak betapa sporting gila cikgu ni.

and then tidak di lupakan Miss Lam dan Mr Fung a.k.a Papa Fung yang memupuk minat Maths masa form 3(Miss Lam) dan deteruskan oleh Papa Fung masa form 5. dua cikgu ni favourite all time. Sifu Maths paling syok yang pernah aku rasa. Oh, tak lupa cikgu Andikah yang banyak motivate supaya cintai subjek maths sampailah sekarang ni minat maths *Agaknya lah*

then Cikgu Vemala. bila bagi kerja rumah addmaths macam satu buku dia bagi tak siap buat depan bilik guru. hahahaha. tapi ajar integration dengan differentiation memang best sebab smpi sekarang masih lekat dalam kepala. paling di ingat ayat dia "Wani ada masalah mental sebab graf paling senang pun dia boleh salah"

then cikgu Malar sebab ajar bio. walaupun kelas bio membuta ja kerja di Lab sebab lab berpuaka hantu tidur. kena-kena lagi ajar pakai LCD samar-samar macam kat panggung. Nabilah lah selalu alasan "Sakit kepala cikgu". Tapi syukur alhamdulillah dapat jawab dan lulus dengan cemerlang juga masa SPM. >_<

then cikgu Masnah ibu paling idol ni. yang paling di adore sebab macam ibu kepada smoochie ni. Terlalu rapat. sampaikan menangis masa hari graduasi sebab pisah dengan cikgu ni. Cikgu ni lah yang banyak bagi motivate bila down kena kecam oleh papa Fung sebab aktif tak ingat dunia dengan pertandingan-pertandingan luar sekolah. Sumber untuk meminjam novel juga ni cikgu ni even sampai sekarang. dan penyokong setia dalam penghasilan karya-karya smoochie sampai dia paksa hantar hasil karya untuk sekolah terbitkan. Sayang cikgu ketat sendat padat. Big Thanks

then cikgu Atiqah yang sentiasa jadi guru pembimbing kalau ada aktiviti luar sekolah. dah macam adik akak dah. selalu lepak sesama, banyak aktiviti buat sesama.

then tidak dilupa cikgu Meglyna sebab ajar chemistry. Favourite subject ni kimia ni. Cikgu ni banyak tolong aku hafal formula kimia. even sekarang masih ada sipi-sipi masi di ingat. Hailah rindu gila mau belajar subjek kimia ni.

then cikgu Rosnah dan cikgu Zuraidah huarghhh cikgu bahas dan forum yang meyakinkan diri ini bahawa smoochie boleh bercakap di hadapan. *Kononlah*
tapi berkat dua orang guru ni, confident level meningkat gila lah. dah terbiasa kan bila bercakap berkias, depan khalayak ramai and so forth.

paling special cikgu Marlina *xoxo* sebab cikgu ni yang jadikan confident level smoochie nak bertutur dalam english meningkat, writing skill pun naik and buatkan smoochie memang jatuh cinta dengan Subject English. cikgu Idol all time lah sebab sejarah cikgu ni boleh ajar english memang yang macam luar dari jangkaan kena-kena lagi cikgu ni sambung luar negara untuk master punya tahap bertambah-tambah  jadi idol lah.

last but not least principal sekolah, Mr Soo. yang sentiasa jadi penyelamat tika kena tahan dalam kelas Addmaths sebab tak boleh pulang selagi tak siap. sanggup ni dia stop buat kerja meski kerja dia bak gunung kinabalu banyaknya semata-mata tolong smoochie and the gang siap buat addmaths. power kot cigu dari melaka ni >_<


sekali masuk alam form 6 ni, masuk sekolah baru kat atas bukit buatkan Smoochie jadi rindu sangattttttttttt dengan sekolah lama. Rindu gila.

bila masuk sekolah ni, Smoochie kenal guru-guru st mary ja. Cikgu Amit, Cikgu Cheen, Cikgu Anitha. sebab mereka bertiga ni cikgu kepada kakak-kakak smoochie yang memang awesome.

cikgu Amit yang memang awesome dengan subjek PAM buat kan diri ini boleh terima subjek pengajian am dengan hati yang terbuka. Lawak yang dia buat semata-mata nak ajar dan fahamkan student tu perghh power gila. Tak dilupakan denda yang menjadi ganjaran bila fail pengajian am dan tak score bhgian objektif. oh ya,  tak dilupakan kepada Mentee cikgu Amit, Cikgu Azfar yang memang best juga lah cikgu walau dia tak se'best cikgu Amit sebab cikgu ni buat aku sukakan graph. sebab kalau bab graph memang dari dulu aku fail. hahaha kena lagi cikgu ni sporting gila, suka smoochie nak sakat macam kat former school dulu. Mcam smoochie sakat cgu Sharrif dan cikgu harmizi lah juga ceritanya kalau dengan cikgu ni. walau kekadang annoying juga and kekadang moody punya orang. kalau dah dia moody tu cuak jugak lah nak tegur, Tidak dilupa cikgu Asmadi walau cikgu ni tak ajar smoochie but i can feel lah dia punya aura tu memang tegas but kinda funny person jugalah. kuat buat lawak. tapiii ... hailah hard to describe >_<

then cikgu Faiz yang sentiasa mengingatkan Smoochie dengan cikgu Sazali kat former sch dulu. Saiz badan sebiji, perangai sebiji, bezanya cikgu Faiz ajar sejarah ting.6 dan orang semenanjung, cikgu Sazali cikgu Bm ting.3 dan orang sandakan.

cikgu Cheen yang memang makan dalam jugaklah belajar eko. tapi cara dia ajar tu smoochie faham untuk mengingatkan student dia bahawa eko senang score tapi susah bila tak hafal. He's like a daddy yang tegas yang mahukan terbaik untuk anak didik dia. Walaupun kekadang masa belajar eko tu memang mengantuk gila nak mampos.

Cikgu Chok, yang banyak sindir Smoochie sebab smoochie ibarat pembesar suara,
Cikgu Chong yang banyak bermain dalam kelas Maths.
Dan cikgu Chang cikgu Muet yang paling santai >_<

Oh tak dilupakan principal sekolah, Cikgu Hussein yang penuh dengan pelbagai cerita raja-raja yang dia sampaikan masa perhimpunan. Cerita yang berat dengan pengisian walaupun kekadang cerita dia sampai setengah jam.

ketahuilah guru-guru ku,

Jasa kalian tidak dapat di balas dengan apa sekali pun
walaupun di hamparkan emas setinggi gunung,
mahupun dalam bentuk nilai wang ringgit.

Tapi jasa kalian hanya mampu dihargai hingga ke akhir nafas,
sebab jasa kalian terlalu berharga,
bahkan lebih berharga daripada sebutir mutiara yang ada di lautan.

akhirul kalam,
teruskanlah kerjaya mu guru untuk mendidik anak bangsa ke arah yang lebih cemerlang for a better nation. You guys are awesome! *XOXO*



with love,
Smoochie


Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant