PROSES

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,
diharapkan dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja ye...

okay lama dah kita tak dengar khabar-khabar dri kengkawan semua. oh ya lupa, kalau dalam keadaan sihat ataupun tdk ucap lah 'Alhamdulillah sebagai tanda syukur kita pada yang Esa.'

Alhamdulllah kita masii dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi dalam entry yang tidak seberapa.
agak kekok juga bagaimana hendak memulakan entry kali ini.. mungkin sebab dah lama sangat tak update apa-apa kot. tapi, tak pa, I  am sure, I can handle this. *Semangat sikit*

okay,
proses yang saya maksudkan sebenarnya adalah proses dalam mencari diri yang tidak berpenghujung dan proses membaik pulih diri ke arah yang lebih baik bagii merebut redha daripada-NYA.



well, memang tipu kalau korang cakap koorang tak pernah jadi Jahil, penipu, x tutup aurat, suka mengumpat, suka mencuri. kan? mencuri maksudnya disini, bukan mencuri harta benda tapi mencuri idea orang lain untuk kebaikan sendiri TANPA meminta izin, nahhh, pernah buatkan? pernah kan? takpa, takpa jawab pada diri sendiri, takde siapa pun yang tahu okay?

well semakin umur kita meningkat dewasa, selama itu, kita akan belajar banyak perkara.
selama itu juga kita sedar akan kesilapan-kesilapan kita masa zaman purba, dan kita pun berazam memperbaiki satu per satu. Inilah yang dinamakan proses.

kalau kiita back in time, masa kecik-kecik dulu, mana lah ingat nak belajar, mengaji pun kena paksa
solat perghhh memang sah sah liat sangat terutama solat subuh. kalau yang yang perempuan, bila cuti sekolah layan barbie babe sampai tak ingat dunia, lelakinya siang malam main di padang jemur diri di bawah terik panas matahari hingga ada bau-bauan yang tidak di ingini, kalau orang sabah cakap "BAU PELA'U" haha. kay.
kalau bulan ramadhan pulak, yang lelaki ke masjid bukan nak solat terawih, nak pergi jumpa kawan main mercun kenakan budak perempuan dengan harapan ada 1 sangkut, betul tak? hahaha nah...
ini lah yang kita gelar sebagai "ZAMAN KEGEMILANGAN" a.k.a "JAHILIAH" ...

so dalam kita kian membesar, kita semakin matang, dunia jahilah pun di tinggalkan, menjadi proses ke arah kehidupan yang baru yang mematangkan jiwa menjadi insan yang baik.

daripada yang liat nak solat, jadi cergas bila solat.
dari yang malas nak buka Quran, jadi rajin buka Al-Quran,
dari yang suka layan katun, jadi suka tengok majliis2 Ilmiah, cerita-cerita yang membawa message2 yang bak kepad si penonton,
dari yang kuat main, kepada yang rajin tolong mak ayah d rumah,
Iniilah yang kita namakan sebagai proses dalam mengenal Identiti kita sambil-sambil mengejar Redha dari Illahi.

ingat!
REDHA PERLU DICARI BUKAN DI TUNGGU JATUH KE RIBA. yerrr.



kay lah hari pun dah malam sangat, Cik Smoochie sekarang ni kurang sihat jadi, kena lah tidur awal untuk memberi laluan kepada anggota badan berehat sebentar. well.
so
Kita bertemu lagi dalam entry yang seterusnya.
Salam sayang, dari saya Cik Smoochie :))

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.