PERTARUHAN

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejhatera kepada readers sekalian.

Sihat?

jangan lupa ucap Alhamdulillah.

Malam ni, mendadak dapat idea lepas nonton mentor tadi, mesti yang nonton mentor tadi tahu apa yang berlaku kan?

'Saya nak tegur satu jer. TUDUNG! Kalau boleh, tudung tu cantikkan sikit. Macam makcik jadi'~Adlin

okay dari komen abang Adlin tu, maksudny tu jangan pakai tudung yang menampakkan diri macam makcik-makcik. sebab Aina just pakai tudung biasa labuh tutup dada dan menutupi syarat sebagai wanita Islam.

Tapi...

kenapa nak suruh Aina ubah cara bertudung tu? tu dah betul dah tu. Aku tak faham orang yang pakai tudung mcm tu tak boleh nyanyi? macam makcik-makcik? hah macam makcik tapi at least Allah tak lah murka ngan dia bukak Aurat sana sini.

Yang rambut free hair, gerabang sana sini, tak pulak dia komen "rambut tu kemaskan sikit, macam kuntilanak terbang tengah malam menyanyi di atas pentas." kan?!

yang free hairokay jer memanjang. NO NEGATIVE COMMENT. when come to yang pakai tudung, macam-macam komen tudung yang di bagi. siap labelkan lagi macam makcik-makcik. Tengok NoorKhiriah pakai tudung ala-ala macam Aina, cuma labuh sikit pun okay. tak jatuhkan reputasinya sebagai pelakon pun..

I don't think pakaian penyanyi tu perlu di komen bagai because tu nak dengar dan nak nilai pitch, Vokal bagai yang berkait dengan nyanyian. kalau lakonan atau lawak kau nak komen-komen macam tu aku boleh terima tapi bila dia kaitkan tudung si Aina tu, aku memang tak puas hati sbab apa?

SEBABNYA, ADLIN MACAM SEDANG PERTARUHKAN AURAT SI AINA SEBAGAI SEORANG MUSLIM.

to Aina:
tak payah nak sentap pasal apa yang Adlin cakap. Tu comment bangan kau tak? Nyanyi, nyanyi jugak, Aurat tu kena jaga juga. FIRST THING FIRST kak, jangan memepertaruhkan apa yang tidak sepatutnya di pertaruhkan. Kalau rasa susah sangat, senang cerita, stop jadi penyanyi. duk rumah tolong mak ayah lagi bagus.

lagi satu...
Aku faham lah si Azmil tu bukan siapa-siapa, budak bermasalah sebab lari dari rumah.

But,

Tak patut nak tayangkan pasal kehidupan dia lari dari rumah bagai, PIHAK TV3 ingat, Azmil tak malu ka bila ditayangkan kehidupan dia begitu? Orang ramai boleh label dia sebagai, 'BUDAK BERMASALAH."

so tak sesuai. kira macam nak downkan mood si Azmil tu nak buat persembahan, walhal dia dah ready nak perform. Kalau nak buat video pun agak-agak lah. jangan nak jadikan si Azmil tu pengampu kot.

apabila Azmeer as "JURI PROFESIONSL"  konoknya.
cakap macam ni "I donno where you get your protege Dayang. dalam banyak-banyak semua you Azmil I don't know about you. Suara awak sumbang."

Amboiiii, Nampak sangatkan RANCANGAN REALITI  ni memang cari orang-orang yang full packages jer tinggal suruh perform jak macam Aina tu. kau nak banding Budak hingusan macam Azmil dengan Aina yang banyak pengalaman buat konsert kat luar negara, then nak bandingkan dengan Nadeera yang banyak pengalaman masa kat BMB then nak banding dengan yang lain-lain, eh memang tak layak lah.

bukak mata tu sikit. Azmil berbakat dia kata tak berbakat. dahlah cara Azmeer tu cakap macam Nak Dayang dan protege dia keluar malam tu jugak. Makin lama aku tengok rancangan realiti yang berbentuk hiburan macam Mentor ni, memang part juri yang hampeh berabis. Ntah. Makin lama Makin bosan aku tengok.

Aku kecewa lah bila Azmeer cakap macam tu dengan Azmil. seolah-olah taknak bagi harapan kat Azmil yang Azmil boleh pergi jauh. dengan video lari dari rumah tu lagi lah seolah-olah mempermalukan dia di hadapan semua rakyat Malaysia.

Adlin lagi lah aku Kecewa. SIAP NAK PERTARUHKAN AURAT HANYA SEMATA-MATA UNTUK HIBURAN.

Allahuakhbar! Dunia, dunia. !

Maaflah kalau aku kasar-kasar sangat malam ni, cumanya, aku emosi kalau nonton rancangan realiti berbentuk hiburan.seddih dengan juri-juri A.K.A orang yang memandang remeh pasal AIB dan Aurat ni!.

Apa-apapun. Selamat malam. Semoga bertemu dalam Entry yang seterusnya ;)
Salam Sayang,
Cik Smoochie ;)




Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.