Careful

Assalamualaikum ! Apa khabar ? baik ? hmpp alhamdulillah.
wut wut wut admin agak sakit tekak ni. well keadaan yang tidak seberapa baik selepas majlis hari guru pada 2 hari yang lepas. penat sungguh beta.
apa yang membawa Beta ke mari ? hmppp
begini, nampak tak tajuk POST hari ni ?ya HATI-HATI atau pun dalam erti kata lain : CAREFUL
cop ! bukan mau cakap pasal hati-hati di jalan raya, tapi hati-hati dalam memilih jalan yang sedang bersimpang di hadapan anda. x faham ? okay mari saya fahamkan. simpang sebelah kanan dan kiri yang masih belum mempunyai tujuan sama ada simpang itu membawa kita ke jalan yang benar mahupun sebaliknya.
dalam konteks ini *CEH* macam buat karangan pula derr aku.
okay kita teruskan, dalam konteks ini, KAWAN ya ! SAHABAT adalah yang paling utama dalam pemilihan kerana sahabat ini tidak semuanya baik. ada juga jahatnya. well kadang sahabat ni lah yang mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya. mengikut nasihat al-qamah. ada 5 cara dalam memilih sahabat ni antaranya ;

1) pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya.
2) pilihlah sahabat yang suka menerima bantuan mu dengan rasa terharu.
3) pilihlah sahabat yang suka menerima bantuan mu dan dianggap sangat berguna dan cuba menutupi keburukan mengenai dirimu. 
4) pilihlah sahabat jika engkau meminta sesuatu dia pasti memberi, dan jikau engkau diam dia mula menyapamu dahulu dan jika berlaku kesukaran terhadap dirimu, dia akan menghulurkan bantuan.
5) pilihlah sahabat yang suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja. dan suka mengalah untuk kepentingan mu.
so nampak dok ? haaaa. 
bukan setakat sahabat tau, tapi hati ni kena hati-hati jangan sampai jatuh hati dan lupakan si pencipta hati. INI BAHAYA AMARAN KERAS.
eh korang yang tengah cintan cintun, elok lagi tau korang jadikan yang haram itu kepada yang HALAL. why not ? buat apa nak bercinta kalau dapat dekatkan diri kita pada si Dia tapi boleh menjauhkan diri dari si pencipta ? Nauzubillah ...
dah alan-alang aku cakap pasal careful ni, hah yang suka drive suka tunggang motor berhati-hati lah di jalan raya, kalau tak sayang diri sendiri sayangilah nyawa orang lain okay. so berubahlah. SAYA YAKIN ANDA TIDAK MAMPU MENGUBAHNYA :))
"Biasakan yang betul, betulkan yang biasa."
itu saja, end entry here, Assalamualaikum :)
Cik Wani

Comments

Popular posts from this blog

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking .

Contest: Hijab, Lets wear it right.